Monday, July 26, 2010

Rumah kita ada hantu.


Sebelom tido gua buka peti sejuk, pandang bawah, ada nampak susu baladna.
Terfikir gak nak amalkan gaya hidup sihat, minum susu sebelum tido.
Gua teguk sampai tinggal separuh.

Terus masuk bilik. Baring. Koma.

Tido pun belum puas, gua terjaga, perut memulas.
Gua terlupa yang gua tak boleh minum susu time perut kosong.
Dua tiga kali ulang alik g toilet.
Sambung tido. Tak berapa nak aman.

Gua terbangun bila Amir kejut suruh g kelas.
gua tak larat. Sambung koma.

Terjaga lagi, sakit perut.
Kuar bilik, sume da takde. Da g kelas.
Masuk toilet. Lepas geram.
Selesai.

Belum sempat buka pintu toilet, tetiba gelap.
Otak berputar. Badan tak stabil.
Takde tenaga.
..gedebuk..
(bunyi)

Senyap.

..............................................................................................


Sedar-sedar je, gua da baring atas katil.
Matahari da tegak atas kepala.
Perut da tak meragam.
Lapar.

Kuar bilik, rembat Maggi -hazen.
Masak. Makan.
Kenyang.
Study + 0n9.



Soalan : Sape yang angkat gua masuk bilik sedangkan pintu toilet masih terkunci n sume orang da g kelas...?
Sila mengaku..

5 comments:

ash_burn said...

malaikat

W M Najib said...

????!!

Cidak said...

aku dah cakap rumah korang ada hantu.tapi semua gelakkan aku.

-aMiR SYuKRi- said...

aku blk kejap td nk buang air..
tgk2 pntu kunci..aku ketuk byk kali..
last2 aku sepak..
pintu terbukak..
aku nmpak muka ko dlm mangkuk jmban..
x smpai ati..aku pun angkat lar ko..
tp x basuh lar muka ko..
ko dah basuh blum smpai skrng??

~Op.Muiz~ said...

ouh,patot laa..
terjawab da sgala misteri..
huhu,,
da basuh daa,,siap mandi lgi...
mekasyih ye mir,,
syg ko..