Tuesday, December 28, 2010

Wonderpet : Hensem tak Calok?


"hensem tak aku?" -tanya Calok sebelum keluar muraqib akhawat.

Gua balas;

"hensem!"

Grr.

nota : gambar memang takde kena-mengena dengan entry. Langsung!

Tuesday, November 30, 2010

yelar hazen, aku update plak

Sapa sangka kawan yg kita kenal slama 3 tahun lebih buat kita mcm nie..
smpai hati dia x bg tau kita..




ok, aku bangga seketika sbb kawan aku ARTIS INTERNATIONAL..
nsb baek dia masuk RMC, kalau x dah masuk GLEE katenyeeee....
HAHA!





nie utk yg kat malaysia..
jgn lupa join nie!!



p/s: mntak maaf, mahasiswa jordan tiap2 mnggu exam..macam celaka..

Wednesday, November 24, 2010

gua jugak yang nak kena hapdate.



Yalah, kucing gua putih.

Jangan la buat menjerit kalau nampak tengah malam.




nota : maaflah polower blog ni, kitaorang masing-masing bizi, ada anak bini nak kasi makan.

nota dua : yang berlipat-lipat dekat seluar gua tu bukan tersepit celah bontot ok. Jangan buat pandai.

Monday, October 18, 2010

Samsung plasma flat screen 42 inches.


Tokey cina baru nak pasang tibi dekat rumah.


Tada!

Selain menonton national geografi dan tom tom bak, aplikasi memandu juga disediakan.
Kalau setakat Daytona jangan main dekat sini. Buat malu.


Satu je gua nak nasihat,

kalau hari-hari tak boleh nak study,
jangan salahkan tibi 42 inci
tapi salahkan diri sendiri
yang gatai tangan nak beli.

pantun tu!

balas-balas!

Friday, October 8, 2010

Jumaat.

"Di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim ada dinyatakan bahawa malaikat akan berada di pintu-pintu masjid.Siapa yang datang awal akan dicatatkan baginya ganjaran seperti unta, seterusnya seperti lembu, seterusnya seperti kambing, seterusnya seperti ayam, seterusnya senilai telur ayam.Sehinggalah imam mula keluar untuk berkhutbah, Malaikat akan tutup buku catatannya lalu duduk untuk sama-sama mendengar khutbah."



Musim syita' ni eloklah kita ke masjid awal. Heater pun ada.

Saturday, October 2, 2010

Bertahun tak merasa


Dia punya nikmat bukan calang-calang.
Lu onani time winter pun belum tentu menang.

Thursday, September 30, 2010

Penjagaan Muka

Sambil-sambil gua cari hard disk gua yang hilang,
gua terjumpa bendalah baru.
Berkerut segala kulit gebu gua dok pikir.
Pelik.

~Jadikan kecerahan kulit milik anda.

Makhluk mana dalam umah gua yang guna bendalah ni?
Bajet nak ubah muka jadi Michael Jackson kah?

Tuesday, September 28, 2010

~maaf lah~

janji dulu nak study sama-sama,
janji dulu nak score sama-sama,
janji dulu nak balik mesia sama-sama,
janji dulu nak keje sama-sama,

masuk intec sederap selangkah,
masuk JUST semangat tak patah,

tapi last-last aku sorang yang tertinggal.
aku minta maaf lah tak dapat sama sama ngan korang,
aku minta maaf lah aku tak dapat nak naik tahun skali ngan korang
mungkin betul aku tak sehebat korang.

teringat pada awal sem tahun lepas,
sejurus keputusan sem 1 keluar,
aku tak mampu,
aku takut aku tak dapat nak bawak,
aku terus call jpa,
aku nak teruskan perjuangan nun jauh di negara inggeris yang diimpikan ramai.

tapi sejenak aku fikir,
aku masih punya harapan ,
aku masih punya kemampuan,

namun harapan tinggal harapan,
last-last aku juga yang ketinggalan.

aku harap dengan berita tergempar ini,
doa kalian mengiringi diri ini.

selamat maju jaya ABANG-ABANG..
aku harap aku tak kena ragging la..

:')

Friday, September 17, 2010

bapak laaaa..

benda-benda macam ni mana boleh biar!

celaka sorang pun tak cakap fasal benda ni!

Lagi berat dari kes Sosilawati ni.








"Botak. Pendek. Gondol. Gigi Berterabur. Muka Perompak. Pelat. Tapi Comel Dan Sexy. Masih Bujang. Tolong Jangan Bayangkan" -jangan jujur sangat brader. kehkehkeh.

Wednesday, September 15, 2010

Norman dan Memey.


Ustaz mana ajar bertunang boleh pegang tangan?


Ni kalau kantoi dengan berd ni berbuih mulut kena tazkirah.


nota : muka hensem tak guna kalau bawa pasangan ke neraka. Ingatan buat gua. Susah jadi hensem ni. haha!


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya


Dikesempatan Internet rumah gua da ada pada saat ini.
Gua dengan sukacitanya ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin.
Kullu Am Wa Antum Bi Khair.*

Segala Hutang Sila Halalkan.
Kalau Tak Puas Hati, Jangan Disimpan.
Kita Selesaikan Cara Jantan.
Moga Selamat lah Kalian.
Doakan Hamba dan Rakan2 Di Perantauan.
Sekian.


p/s : Beraya tu beraya laa,tapi jangan lupo,,solat jumaat kene pegi.
*Semoga setiap tahun kalian diberi kebaikan.


Tuesday, September 7, 2010

keluarga RMC.

keluarga RMC.

Bapak laaaa,

macam form 2, form 3, form 4, form 5.

agak-agak kat rumah yang paling bongsu kena 'fatigue' tak?

Ulya, adik lu nanti kasi masuk RMC juga. lepastu tangkap gambar macam ni. baru true!


Sunday, August 29, 2010

Rindu.



Gua rasa,
baru je setengah jam yang lalu kita keluar makan sama-sama.
baru je 15 minit yang lalu kita main pool sama-sama.
baru je 5 minit yang lalu kita main kejar-kejar n sepak terajang pak arab sama-sama.
Sekarang, Syari' Jamiaah dah sunyi sepi.
Masjid pun da tinggal dua tiga saff.
Gua nak terawih pun da hilang nafsu.


~nie la dia muka-muka yang kene cekup sebab kantoi tak puasa.
Terus kene hantar balik Malaysia.


Hurm.
Belum sampai sehari korang pergi tinggalkan Irbid.
Gua da rasa sunyi. Sepi.
Sekarang nie, baru gua tahu perasaan ditinggalkan kekasih hati.

Pape pun gua doakn korang kan selamat sampai n selamat kembali.
Yang penting, korang jaga diri, jaga hati, jaga iman.
Gua tak nak dengar ada antara kalian kantoi teguk soya dalam semak.
kalau ada, gua janji gua jentik testis korang sampai tercabut.

p/s : Kirimkan salam rindu gua kat awek-awk melayu. Pesan kat dorang,cukup-cukup la buang anak.


Monday, August 23, 2010

~grrr~



kalau lipas yang merayap kat dapur tu macam nie dah lama gua suruh dye basuh pinggan:



grrrr... pinggan bertimbun bila mau basuh? dapur bile mau kemas, nak raya beb tamau kotor2

gua rasa budak yang balik raya kena keje lebih sebab takpayah amik paper ikmal. adil?

dahulu dan sekarang.

dua tahun lalu...



sekarang..










Gila apa gua nak letak gambar!







Friday, August 20, 2010

~nama jordan kena islamic ye dak?~

gua tengok lu orang makin tersasar jauh
nah harap-harap dengan video nie korang semua insaf,


insyallah selamat dunia akhirat, kalau lepas baca ayat-ayat nie lu orang rasa tak senang duduk tu hah dah sah sah lu orang tu setan jadian.

ps: amacam cukup islamic nak kawin? ngeh3

Tuesday, August 17, 2010

stylo...

gua bangga ada mohawk kat rumah ni
tapi sayang la sebab ni mohawk sementara je
tapi gua tak kisah la... walaupun lu mohawk jalanan..
lu tetap stylo dihati gua chalok..
memang stylo... ada cadangan tak muka dia macam sapa lagi??

Sunday, August 15, 2010

Sambut hari jadi sekarang lain. Macam main geletek geli-geli atas perut.


Potong kek strawberi, makan keropok Doritos, minum air epal Fanta.

Macam celaka.

Selagi tak dapat kaki selagi tu gua tak puas hati.

Selamat Ulang Tahun Amir Syuk.

Thursday, August 12, 2010

Berita Dari Peghok


Mak dah bagi green light lagi mau tggu ka??
benda baek x bgs lewat2kn..
=)

Tuesday, August 10, 2010

puasa.



































Gua saja letak besar-besar.

Friday, August 6, 2010

Takziah kepada -hazen


Belum puas guna.
Belum habis explore.
Memory card capacity pun belum tahu berapa.
Vivaz pergi begitu saja.




Sabar. Itu hanya ujian.
Moga Allah menggantikan dengan apa yang lebih baik dan selayaknya.
Kau harus tabah.

Jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran.


p/s : Dengar kata lu nk angkat fon baru,yg lagi mahal plak tu. Betul kah?

Wednesday, August 4, 2010

awek baru gua.

sila tonton kick-ass!


Gua sekarang ni dengan dia.

balik cuti nanti gua cadang nak jumpa mak ayah dia, gua dah bekenan sangat dah ni.

Tapi gua tak berapa bekenan dia tak pakai tudung je sekarang ni, tang rambut pepel tu gua tadahal.



Ulya, macam mana?kena tanya juga orang-orang terer ni.

Thursday, July 29, 2010

Berita dari RMC.


Ni dah jadi kes International dah ni.

berat-berat!.

Monday, July 26, 2010

hamster

tiap-tiap malam ada orang keluar masuk beranda
tengok hamster  atau tengok awekster ke
 tak tahu lah,,,,
siap bawa keluar kerusi dan meja
nak study kat beranda
harap-harap masuk otak la,, 
tapi serius bro,,,
tempat lepak lu memang best,,,,

Rumah kita ada hantu.


Sebelom tido gua buka peti sejuk, pandang bawah, ada nampak susu baladna.
Terfikir gak nak amalkan gaya hidup sihat, minum susu sebelum tido.
Gua teguk sampai tinggal separuh.

Terus masuk bilik. Baring. Koma.

Tido pun belum puas, gua terjaga, perut memulas.
Gua terlupa yang gua tak boleh minum susu time perut kosong.
Dua tiga kali ulang alik g toilet.
Sambung tido. Tak berapa nak aman.

Gua terbangun bila Amir kejut suruh g kelas.
gua tak larat. Sambung koma.

Terjaga lagi, sakit perut.
Kuar bilik, sume da takde. Da g kelas.
Masuk toilet. Lepas geram.
Selesai.

Belum sempat buka pintu toilet, tetiba gelap.
Otak berputar. Badan tak stabil.
Takde tenaga.
..gedebuk..
(bunyi)

Senyap.

..............................................................................................


Sedar-sedar je, gua da baring atas katil.
Matahari da tegak atas kepala.
Perut da tak meragam.
Lapar.

Kuar bilik, rembat Maggi -hazen.
Masak. Makan.
Kenyang.
Study + 0n9.



Soalan : Sape yang angkat gua masuk bilik sedangkan pintu toilet masih terkunci n sume orang da g kelas...?
Sila mengaku..

Saturday, July 24, 2010

buah ada bulu.

rambutan bukan bulutan.

dapat bayang tak kalau Arabela jual moktan?

peh!



-gambar gua rembat tenet. blog geng-geng Pipiyapong jugak tu, jangan main-main.

Monday, July 19, 2010

Introduction to dentistry pagi tadi.

"you as future dentist should recommand your patient for not smoking!" -Dr. Rola Alhabashneh.

Memang deep.

Ampun ya? Bukan gua yang cakap, doktor yang cakap.




nota : nama doktor tu gua payah nak pronouns kenapa? Nak kata ada huruf R, gua bukan Amir Ciddiq.

Amir Ciddiq, ampun ya?

Saturday, July 17, 2010

Jamban dan kamu..


Gua paling benci kalau orang tak reti nak beza benda simple cam nie.

motif gambar : Only he know. And he still did it.

Da banyak kali da anda buat keje gila.
Cukup-cukup la tu.
Gua tak suka.



p/s : Ada yang tersirat.
p/s II : Gua tahu anon pun baca belog nie. so ?

Thursday, July 15, 2010

Paula The Octopus

aku x nk cakap banyak..
nnti x pasal2 aku kne ceramah free dgn anonymous..

tp aku rase Malaysia ada harapan..

tahun bile tu aku x pasti..
tp yg pasti kalau Malaysia mng aku sanggup belanja satu kmpung..



p/s: belanja ais kosong je lar..

Wednesday, July 14, 2010

Awas ! Exam da dekat.


Ana ikhlas bagi peringatan kat antum sume.
untuk ana jugak.
nak on9 pn, on9 laa.
tapi kene ingat,exam da dekat.
agak-agak kita ade cukup masa tak untuk cover chapter yang da lepas ?

stady la syialan..!!!


barang baik kena kongsi.

dari layan blogporn baik buka lamanweb ilmiah ini.


picit slow-slow ambil feel.

bawah sikit dari iluvislam.

gua jumpa benda baru


Jika anda kesunyian dan memerlukan tempat untuk menghiburkan hati.
sila follow bendalah ni.


titik

Gua rasa nak buat sujud syukur sempena internet rumah dah ada petang ni.

duit berkepuk, nak bayar bil gua memang fail.

heh.

caya la Ulya!

Monday, July 5, 2010

~gua nak balik urdun~


ceh baru skejap gua tinggal lu orang macam-macam dah jadi kat blog nie,
haha

amacam best pegi umrah? gila la lu org da naik satu darjat tinggi dalam rank agama,
gua kena salute la? hahahaha

pape pon, tahniah la da dapat pegi umrah, aku harap nanti semua berubah kearah kebaikan la, jangan jadi macam si sadis vavi. tak penah berubah perangai dan rupa.

aku nak cakap aku balik 9 july, sampai awal pagi, mungkin lepas subuh..

sape mau amek wa? sape amek dapat hadiah asam jawa!


Sunday, July 4, 2010

alfatihah.

http://www.malaysiakini.com/news/135460

Gua rasa kena bawak setan-setan ni pergi umrah, baru dia tau langit tinggi rendah.

Siapa-siapa yang kenal beliau tolong sula bontot beliau dengan tongkat RSM ok. Tongkat PRK kecik sangat diameternya.

Al-fatihah.

Tuesday, June 22, 2010

umrah

Ulya balik Malaysia nak kawin. Moga bahagia lah dia.

Yang lain-lain nak gerak pergi umrah. Moga lepas ni boleh lah beza setan dengan kita.

Monday, June 21, 2010

Karena Wanita


Tak sanggup aku lihat ko begini..
dinodai 3 hari lepas..
hari nie ko dibiar mcm nie lg..
sampai keras kaku x bermaya..
semua kerana wanita..
betapa murah harga diri ko maggi..
sedih..



Monday, June 14, 2010

Jamban dan Abu.


paip jamban

Siapa punya kerja ni? Simpul manuk pun tak sesusah ni nak rungkai. Macam shit.

Cerita Abu :

Tengah hari tadi gua makan maggi goreng plus sambal semalam. Gua sakit perut terus meluru ke jamban.

"Dis, kau kat mana Dis?" Abu tiba-tiba cari gua.

"yooo.." Gua jawab nak taknak sambil meneran.

"Ko buat apa?"

"......"







"Dajei betul! gua nak tanya dalam jamban tu ada meja study ke selain lubang jamban?"

Potong betul gua nak meneran. Kalau meneran baby ni, gua rasa tak sembat baby nak tengok dunia.



notajamban : gua rasa tajuk ' Jamban dan Abu' serasi kan? keh keh keh.

Wednesday, June 9, 2010

Ustak

Jom bersoal jawab mengenai isu agama dan adab-adab bersosial bersama
Ustak Berd.





Beliau sangat-sangat hebat.



Saturday, June 5, 2010

selamat hari jadi buat Calok tanpa acara blanket party





Happy apa Calok!

Hutang faham! Hutang!









nota : blanket party - acara pukul-memukul.

Friday, June 4, 2010

makhluk jenis mandi tak bawak towel

Masuk kali ni dah dua kali dah berd mandi tak bawa towel. Gua rasa lepas ni kalau dia lupa lagi bawa towel, kita biar dia dalam toilet jangan siapa-siapa tolong.

Lepastu kita tunggu dia nak buat macam mana. Tak boleh biar benda-benda macam ni. Nanti melarat. Kena ajar sikit.

Agak-agak boleh orgasm tak tengok berd 'naked'? Gua dah fikir 'nakal' nih.


p/s : Amir Syuk dah basuh bilik air. Gua mandi rasa macam masuk spa. Terbaik lah.

Wednesday, June 2, 2010

esok exam

hazen p umah komeng..
chalok ngan berd p umah azam..
abu xtau p mana..
aku ngan ulya??
stadi dlm umah nie ja r..
(thanx sbb tinggai kat kami kunci!!)


bila stadi dlm umah sndri phm2 lar an...
bila jwb esok pun phm2 lar an...
bila dpt result pun phm2 lar an...


Pa2 pun aku nk ucapkan
"Selamat Menghadapi Final Exam!!"

bosan baq ang dok umah cmnie.. blk lar cpt kwn2.. haha..

Tuesday, June 1, 2010

"weh. pi on off jap. tadi aku dah. kau pulak!" jerit bapak


suka duka kita bersama. gurau senda luangkan masa.

ketika ini.

ya. pada waktu dan detik ini sahaja.

((laa, hazen ada dalam rumah rupanya. ingat kat rumah keri tadi))

Monday, May 31, 2010

Abang 'Google'

selalu kalau orang ada masalah sebab tak tau satu maklumat ,,, contohnya, budak-budak 'u'  nak cari bahan nak wat assignment,, biasanya orang akan rujuk dalam satu website atau biasanya orang panggil abang 'google',,  dalam tu banyak info2 yang ada,,, so,, aku pun ada masalah juga  nak cari satu maklumat yang dah lama aku tertanye2 pasal sorang housemate ak nih(chalok),,, nama  sebenar dia muizzuddin ab rahman,,, dia ni ada satu keistimewaan... iaitu  susah nak sebut huruf 'R'...  selama ni bila dia susah nak sebut huruf R, aku tergelak,,, tapi dia marah,, ,,, dia asyik marah jer bila aku gelak,,,dia tanya,,
"asal ko gelak???" aku jawab la,,
"sebab ko tak boleh sebut R.." dia tak mengaku dan cakap kat aku,,,
"mana ada,,,, ni,, tengok aku sebut,,,, ARGGHHHH,,, hah,, kan boleh tu,, "
aku keliru,,, macam tu ker sebut R???
 so,,, aku tanya la abang 'google' pasal dia ni,, so,,, abang google pun jawab la,,,


bila aku tengok jer jawapan abang 'google',, baru aku tau,,, patut la chalok susah nak sebut R,,,
chalok,,, sorry la sebab aku tak boleh nak kata apa lagi,,,,
sebab abang 'google' sendiri yang buktikan,,,,







Cerita Orang Matang

Selepas peristiwa cerita kedai kopi yg berlarutan dr pkul 1.30am sehingga 7.00am di tgkat paling atas bangunan belakang bangunan sa'adun (rumah baru Furqon, Azam, Luqman, Anuar, Danial dan Amer Nasru) bersama ahli rumah kita dan tuan2 rumah ,,,


Seriously ko ptut jd politician!!


Gaya dah ada....


Islamic...


Berjiwa rakyat plak tu..



Kalau ko msuk politik aku rsa silap2 bleh jd PM.. =)
Jgn rsau lar..kompem ramai vote ko..

Hangat di pasaran.

buku Kot Putih.

Gua rasa agak biadap rumah sendiri pun tak boleh dapat free.

Ni macam mana kira ni editor?

Saturday, May 29, 2010

Evan Williams

entah aral apa, tadi Evan Williams 'buzz' ym gua. Jangan buat main dengan brader Evan ni, dia yang buat blogger.com nak cakap lu. Kalau kantoi lu kutuk dia dalam blog, selambadak je dia tutup blog lu.

" i like your blog named 'nama blog ini payah sikit'. Its really good!" Dia cakap kat gua tadi. Masa tu gua dah kembang-kempis dah. Dada pun turun naik turun naik berdebar.

Tapi gua kontrol macho juga.

"its just a simple blog about our life sir. Nothing more" Gua jawab segan-segan.

"ouh really? So i bet your life was so exciting"

"not always sir" gua jawab relax. Tapi hati masa tu dah macam taman dah.

ada jugak gua tanya-tanya dia ada anak perempuan ke tidak. Tapi dia tak layan la pulak.

*****
Last-last dia kata,

"i will sponsor your blog ok? do write often. salam 'alaik"

Yang dia bagi salam tu, gua tak berapa nak percaya jugak sebenarnya.

So macam yang korang lihat, header blog ni dia yang sponsor. Dia cakap ada apa-apa hal halo-halo dia saja. Kalau header tak best, lu orang kontek gua. Dia dah add ym gua semalam. Nanti gua buzz balik ym dia.

Lagi satu dia pesan.

"ouh, i forgot something. send my regard to berd ok? i love his blog damn much! :)"

"babi" Gua balas balik kat Evan, nasib baik dia dah offline. 

Siap smiley dia kasi. Suka betul dia dekat Berd.



notablogger : ulya, tolong kasi correction sikit gua punya bi. Terabur dah gua rasa ni. haha.

Friday, May 28, 2010

Vaseline depan cermin dekat ruang tamu tu sapa punya? kesian mamat ni.

iklan berbayar Vaseline.

Model : Saya telah menggunakan ini sebagai minyak rambut saya untuk solat jumaat petang tadi. Anda bila lagi?

Gua :bijak~




notarambut : apa pendapat lu orang?

semua pergi.


alhamdulillah sebab harta benda masih ada (rujuk alasan).

jarang sangat dibuat. bukan senang nak dapat ni.

Thursday, May 27, 2010

parasit

Jangan tertipu dengan pemakaian mereka. Langsung tak ada kena-mengena dengan bilal masjid mahupun koboi. 

Parasit yang belah kanan tu dari famili terdekat jugak, spesis Rumahbawah sp. Melata dekat rumah ni lama dah. Jenis sedut line internet orang 24 jam. Boleh dijumpai di mana-mana dalam rumah ni. Katil orang pun parasit ni boleh buat macam katil sendiri. Gua syak Amir Syuk pun terasa hati dengan parasit ni.

Parasit yang belah kiri tu paling bahaya. Dari keluarga Saadun sp. Memang dia murtad habis famili sendiri. Gua syak kalau balik ke pangkuan famili, mak ayah pun tak mengaku anak. Bab komen masakan orang nombor satu, nak masak tu tak pernah. Memang jenis celaka punya parasit.

Gua dengar-dengar jugak parasit-parasit ni nak jadi contributor blog ni. Tinggi jugak cita-cita seekor parasit ye.


notaparasit : apa-apa pun, gua tetap sayang parasit-parasit ni. 
si ri us! <----agak-agak gua tiru siapa?

Wednesday, May 26, 2010

~rahsia toyol disingkap~

gua tengok masing masing dah semakin pandai berblog,

dulu kalau jejaka-jejaka kacak rumah ni berblog kena kutuk bertubi-tubi,
tapi takpe, gua paham, lu orang nak masuk geng-geng kacak rumah ni kan?

tapi yang gua paling prihatin dalam blog ni ,
kes biskut amir syuk kita di sebat toyol.

disini gua nak kongsi dengan lu orang la,
gua rasa gua da jumpa toyol tersebut
lu tengok baik-baik gambar dibawah:

gua tangkap gambar toyol ni guna kamera litar tertutup yang gua
pasang khas bagi merakam aktiviti entiti durjana ini.


gua syak dia nak curi kasut chalok, tapi terkejut dengan flash kamera yang gua pasang .

lu bajet lu ubah rupa sama dengan chalok, gua tak kenal la?!
gua ingat dulu waktu dekat maktab , chalok lancar sebut "R",
sekarang apasal lu sebut "argh argh".. bukti kekal lagi kukuh.

carutanakhir: kalau lu tengok betol-betol, kelihatan juga si hantu raya dibelakangnya bersama kasut tim burton pujaan.. memang tak sangkal lagi mereka hantu yang dicari-cari.




Kelas Organic Chem.

 kelas Organic Chemistry 2 3 hari lepas.

Gua dengan budak-budak rumah gua memang rajin dan sedar kepentingan datang kelas walau tak faham lecture. Masa gambar diambil, langsung sekor minah arab tak datang kelas tapi kitaorang datang jugak. Terbatal terus tuduhan kitaorang datang kelas sebab nak usha awek arab hot-hot ala Megan Fox.

Berd belakang kira. Gua syak dia masuk kelas yang awek arab stok berlambak. Jumpa Jenifer katanya. (rujuk belog beliau)

akhawat masa ni entah kemana. Kalau syabab tak datang kelas mula la nak membebel. Masa datang tak ada pulak.

heh.


Muktamad!!

chalok, i nk mntak maaf ngan u lar..
smenjak due mnjak nie i dah x tdo ngan u...
bkn i x nak ngan u..
tp sofa kat luar nie ternyata 10x ganda lg cun lar dr u..
lg pun tiap2 mlm u bwk laki laen tdo katil i kan??
so, i dah wat keputusan.......i nk truskn ngan sofa..

SELAMAT TINGGAL CHALOK!!




p/s: aku bkn gay...

Tuesday, May 25, 2010

berita tergempar

Aku ada cerita suam-suam taik ayam untuk korang. Sebelom tu korang tengok dulu wajah makhluk kat bawah ni.


*makhluk Allah

Jangan tatap lama-lama. Nanti hormon korang naik tanpa dapat dikawal. Tak pasal-pasal ada yang berebut toilet.

Korang tahu tak minah yang korang asyik puja puji ni pun tak boleh sebut huruf "R".
So,korang tak payah nak bang-bang aku.

Paham,,?

Lelaki gantang.



Kemahiran Hidup brader ni dapat A zaman PMR dulu. Buku teks KH memang dia khatam banyak kali. Mencabar dia kata.

Setakat wiring memang celah gigi. Pakai tangan je beb nak pomen lampu, letrik semua kecut nak sambar. Tarahal punya. 


anti-sampah

Aku memang tak puas hati betul dengan masalah sampah kat condo aku ni.
dah lama dah aku perati.

Sampah yang betul-betul sampah

yang ni aku tak tahu la kenapa, yang aku tahu, makhluk dalam rumah ni memang tahu buat sampah, pastu pakat lumba-lumba nak buat koleksi, siapa dapat kumpul sampah paling banyak, dia otai rumah. Tempat masak ditukar jadi tempat simpanan koleksi-koleksi tersebut.

Bila dah penuh ruang dapur, muka sama je yang buang sampah tu, tak perlu tanya la siapa yang buang. he he.

Aku rasa tong sampah kat depan Mega tu lagi clear kalau nak dibandingkan dengan dapur condo nie. Luar condo dalam setinggan.

Sampah buatan

yang ni pelik sikit, asalnya bukan sampah, sangat berguna plak tu.
Masing-masing guna buat balut badan, kasi tak terdedah aurat.
bila benda tu dah tak suci, masuk blender.

Siapa yang putar blender tu? Korang tak payah nak tanya. he he.

bila da suci balik, masing-masing masuk pulak pertandingan bina Banjaran Himalaya kat Middle East. Paham-paham jelah.

jadikan bilik kosong sebagai lokasi. Asalnya bilik study. Hempeh.

Pembakaran sampah

yang ni aku betul-betul tak puas hati, walaupun aku sendiri mengamalkan gejala pembakaran sampah ni, tapi aku anti betul dengan makhluk yang bakar sampah dalam toilet, lepas geram sambil bakar sampah.Bajet cool.

Tempat pembakaran sampah hanya dalam bilik 'hazen' dan diruang legar sahaja. Ada faham?

take note wahai makhluk-makhluk sekalian.

Hari kemerdekaan 2.

Semalam gua layan cerita V3 yang farid Kamil belakon tu. Gua suka part awal dalam wayang, realiti kehidupan betul. Intan Lydiana pun boleh tahan dia punya comel. Habis tengok cerita ada jugak terdetik nak jadi mat rempit cakap kedah. Kool. Tak ada der-der nak ending ayat.


"aku bara betoi!"


"pelaq hang!"

Lepas subuh gua masuk bilik, tidur.

Pagi ni bangun dah tak berapa nak pagi dah.

Gua dengan roomate bangun-bangun terus kemas bilik. Peh, memang merdeka gua punya bilik. Merdeka dari sampah sarap.

Lagi 2 bilik gua tak tau apa nasib. Satu bilik blender pun ada, gua syak dia masak dalam bilik senyap-senyap. Lagi satu bilik kain sejadah tak pernah berubah posisi, sangsi jugak gua part semayang-semayang nih.

Gua dengan Abu sekarang tak main katil dah kitaorang tidur. Tilam je. Ada gaya macam mamat jambu dalam cerita Kami tu. Ape nama tah.

nota : "aku bara betoi habaq hang, mana brekpes ni!"

peh.stailo.

Monday, May 24, 2010

Hari kemerdekaan.

Sepatutnya malam ni ada bunga-bunga api; memercik indah.
Muda-mudi pun keluar malam meraikan hari merdeka.

Tupai-tupai pun sibuk buat kerja. Mana yang patut tebuk, dia tebuk.
Tapi gua tengok, malam ni suram je. Betul ke besok cuti Hari Kemerdekaan Jordan?

Ke lu orang pandai-pandai kasi alasan sebab nak tuang kelas? Biar betul. Gua pantang tuang kelas guna alasan tak masuk akal nih.

Tak 'Malaysia' langsunglah sambutan sini.

heh.

Sunday, May 23, 2010

T O Y O L

Aku rase rumah nie ade toyol lar..
abes biskut aku kne rembat..
siap cicah teh tarek lg..
aku syak ade due ekor,sbb ade 2 cawan ats meja..




nsb baek lar aku nie pemurah..
aku halalkn lar mkn minum toyol tu....
(kalau toyol tu wat pengakuan lar..)





p/s: toyol x sme ngan chalok...

Formspring Chalok.

Gua dah tak tahan kalau benda terus jadi macam ni.


picit untuk membesar.

Dua benda gua tak puas hati :

1. Siapa yang mempersoalkan kehenseman gua sekarang?
2. Apa pasal calok pakai background pink? Tak masuk langsung dengan muka ganas.

Fail!

Gua sensored jawapan untuk keselamatan orang awam.

Soalan kawin-kawin tu gua tak nak komen banyak. Macam celaka dia punya jawapan.


Saturday, May 22, 2010

*blog*


Ceish,,aku da tahu apa itu blog,,

...hebat kan..???

~nama nak gempak~


lu bajet nama blog lu da hebat la brader?

lu tak tengok lagi


blogger terhebat sepanjang zaman bai~!

b a n g g a ! !

bangga rse nye dpt bergandingan dgn blogger2 hebat..

terima kaseh!!

peringatan

sapa buat hambar memang gua paksa suruh hisap ibu jari kuku tercabut gua.

ingat!

wat blog

nk pkir name blog and url pon ssh????
aduh la,,,
dekat setengt jam,,,,, cesh,,,

cakap.

Gua taknak cakap banyak.

Gua nak tulis je.